Tentang Andalusia Mall

Menghubungkan Keluarga Dengan Produk Sunnah Berkualiti

Haji Ismail bin Haji Ibrahim

Pengarah Urusan, Andalusia Food Industries Sdn Bhd

Haji Ismail bin Haji Ibrahim merupakan seorang individu yang berwawasan, berpengalaman luas dalam dunia perniagaan serta berdedikasi dalam membawa nilai-nilai Islam ke dalam setiap aspek pengurusan. Sebagai Pengarah Urusan, beliau memainkan peranan utama dalam memacu syarikat ke arah kecemerlangan, sambil mengekalkan prinsip-prinsip Islam dalam setiap operasi harian.

Andalusia Food Industries Sdn Bhd mula diasaskan pada 9 Februari 2021 sebagai cabang perniagaan baharu di bawah kumpulan Andalusia. Syarikat ini melancarkan jenama Kurma Yang Dirindui (KYD) serta produk peralatan solat Sejadah Raudhah yang kini mempunyai 6 koleksi eksklusif.

Di bawah kepimpinan Haji Ismail, syarikat telah berkembang pesat dengan lebih daripada 600 ejen, dropship dan stokis yang aktif mempromosikan produk Andalusia. Dengan rangkaian pengedar yang semakin meluas, Andalusia Food Industries terus berusaha memperkukuhkan pasaran sambil memberikan peluang perniagaan yang bermanfaat kepada masyarakat.